Assalammualaikum pembaca pembaca sekalian. Ceh!
Harini di dalam kelas Madam Rukmony iaitu Bahasa Inggeris.
Sepanjang 2 masa itu kami membincangkan tentang sesuatu yang menarik.
Tajuknya ialah 'pasangan hidup yang macam mana anda inginkan'
Kelas di mulakan dengan keadaan yang sangat excited.
Tidak kira melayu ataupun cina.
Selepas beberapa orang berlalu,
tiba masanya untuk Qhaidir.
Jejaka ini ialah seseorang yang menyukai aku sejak awal lagi.
Seluruh kelas tertumpu padanya.
" I want my life partner to be tough, wear spectacles and have lovely smile "
kata Qhaidir.
Madam Rukmony dan rakan sekelas mula gelak terbahak bahak.
Aku sekadar tersenyum sumbing menahan malu.
Aku mula menunjukkan reaksi kurang senang.
Kini, giliran aku sudah tiba.
" I want my partner to be a romantic person so that he would make me happy and that will never feel lonely "
Seluruh kelas bersorak mentertawakan ku.
Aku menahan malu.
Tidak mampu menghadap pandangan pandangan daripada mereka.
Sekadar tunduk memandang meja.
Madam Rukmony berpesan kepada kami
" Percaya pada takdir. Percaya pada ketentuan. Jika benar seseorang itu milik awak, suatu hari nanti dia tetap akan menjadi milik awak. Dalam cinta tidak perlukan paksaan " - Doctor Love
No comments:
Post a Comment