Hi readers! Beberapa hari yang lalu, aku mengambil bahagian dalam Perkhemahan Ibadah yang diakan di sekolah. Aku juga di lantik sebagai Penghuluwati omg omg lawak gila.
Permulaan program yang agak kurang menarik. Al - Biruni nama kumpulan, dan Farah merupakan ketua kepada kumpulan ini. Dianggotai oleh 11 yang lain, dan kesemuanya merupakan adik adik kelas 2 wardah.
Ku sangkakan tugas yang diberi tidak begitu berat, rupanya.........
Perkara yang tidak akan ku lupa sewaktu penghulu dan penghuluwati di denda lari semua blok dan tingkat bangunan sekolah pada awal pagi. Sungguh kejam anak buah ku. Sekadar membiarkan aku berlari disebabkan salah mereka. Mereka pula hanya berlari setakat yang mereka mampu, tidak sama seperti penghulu dan penghuluwati.
Seterusnya, akan ku rindu explorace. Walaupun ketika itu aku tidak se-semangat seperti Farah namun masih tersemat ketika semua sedaya upaya menyiapkan tugas yang diberi. Tidak mahu mengecewakan anggota kumpulan yang lain. Gelak tawa, sorakkan. Ahhhhh, gembira sungguh saat itu.
Ketika berbuka puasa, dibawah sinaran malam kami berbuka. Masih ingat masing masing merebut cahaya daripada handphone. Tergelak gelak melihat teletah makan di dalam gelap. Rindunya keadaan riuh itu. Mengambilkan air untuk ahli kumpulan. Menyakat dan terus menyakat antara satu sama lain.
Ketika pertandingan nasyid juga tidak kurang hebatnya. Walaupun lebih banyak gelak daripada nyanyi. Berpakaian baju melayu dan menyelempangkan kain batik. Hebat sungguh kumpulan ini. Membawa lirik lagu di tapak tangan hahahahha geli hati mengenangkan hari itu. Gaya gaya ketika menyanyikan lagu tersebut, hm rindunya.
Aku juga tidak dapat melupakan saat saat yang dihabiskan bersama .................... Kemana jua mesti bersama.
Semasa penyembelihan juga, aku diberi penghormatan sebagai penghuluwati, untuk menyembelih dahulu berbanding yang lain. Percikkan darah di kasut. Tepukkan tangan daripada mereka.
Walaupun pada mulanya aku tidak menyukai program ini, namum hakikatnya, aku sangat merindui setiap waktu yang dihabiskan disana. Jika masa dapat diputarkan kembali
No comments:
Post a Comment