Hai semua readers itu pun kalau ada aiceh. Harini nak cerita benda sadis terjadi dekat aku. Menjejakkkan kaki 6.35 di sekolah, aku keseorangan. Tidak lama selepas itu, datang Yasmin dan Farah. Biasalah kedua insan bertanduk setan ini sudah mula menyalak. Sekitar 7 lebih, hadir seseorang di kantin "Jaaaaa, adik kau dah sampai", lalu aku menoleh 'oh mia rupanya'........ Aku pun buat muka selamba. Tiba tiba terdengar kata kata perosak dari Farah dan Yasmin, sesungguhnya aku tidak mampu melawan kata kata mereka. "Fuyooo dah janji" <------------ Ayat paling asdfghjkl bagi aku. Nasib la tidak lama itu Jiya sampai, dan aku bergerak ke tapak perhimpunan. Selepas rehat, aku, Epah dan Yasmin ke meronda sekitar sekolah. Lalu di kelas Mia, hm terdengar unsur unsur bencana dari Yasmin dan Epah. Aku sekadar tersengih. Aku kenal sahabat sahabat ku itu, semuanya BAIK BAIK belaka. Pulang dari sekolah, ketika hujan tidak berapa lebat, kami semua pulang menaiki kereta Avanza Cikyah. Dan aku pula dengan tidak sengaja tersasul perkataan salah kepada shalah. Mula lagi aktiviti membahan di dalam van. Tidak mahu ketinggalan Cikyah dan Sharina juga turut mahu membahan. Aku pasrah.
.
No comments:
Post a Comment