" Bangun. Bangun. Jom mandi "
Ku capai tuala mandi di birai katil sambil menggosok mata.
Berjalan terhuyung hayang menuju pintu.
Memandang suasana sekeliling. Sunyi sepi. Tiada sebarang bunyi.
Percikan air keluar daripada batang paip.
" Tunggu aku tau "
Takut jika ditinggalkan.
Selesai sudah tugas untuk pagi itu. Kembali rebahkan badan di atas katil.
Di tarik selimut paras dada. Lelapkan mata.
6 am sekali lagi alarm clock berbunyi.
Tapi kali ini suasana sudah berbeza.
Riuh. Harok. Kabut. Semuanya bercampur menjadi satu.
Azan berkumandang.
Menyarung seliper kembali ke batang paip.
Semasa sekeliling sibuk bersiap. Kedengaran suara menyanyi.
Semua sudah muak dengan suara itu. Semua sudah tahu mana datangnya.
" Sumbang la woiiiiiiii "
Jeritan demi jeritan di dengari. Namun suara itu tidak mengendahkannya.
Berjalan bersama untuk sarapan.
Berpusu pusu mereka masuk. Beratur panjang jadinya.
Duduk makan dalam satu meja. Berimpit impit lapan sekawan.
Gelak tawa mula mengilai.
Petang. Kebiasaannya jogging dijadikan sebagai alasan.
Tujuan itu pasti akan terpesong.
Restoran dan warung. Pilihan utama.
Pilihan kedua pula digelar 'bukit ampang'.
Menghabis hari hari bersama dari terbit fajar hingga timbulnya bulan dan bintang.
Ketawa. Gaduh. Nangis. Masib kekal.
Rindunya suasana itu.
Rindunya keadaan di sana.
Jauh berbeza.
Masing terngiang suara suara mereka.
Sudah terpahat di kawasan otak ku.
Tidak diperlukan gambar gambar sebagai kenangan.
Cukup sekadar hati ini, yang kekal di sana.
Cukup sekadar kasih ini, yang mengeratkan kita.
Cukup sekadar rindu ini, membuat ku derita.
No comments:
Post a Comment