oww

Aku gemar ketawa. Aku gemar berkata. Aku juga gemar bercanda. Namun tidak semestinya orang seperti aku, tidak mudah mengeluarkan air mata. Tidak mudah berduka. Kadang kala sukar untuk percaya. Mungkin orang seperti aku, tidak mahu menunjuk kesedihannya. Mungkin orang seperti aku tidak mahukan simpati. Berdasarkan pandangan mata ini, orang seperti aku lebih suka memendam rasa. Rata rata terpedaya dengan senyuman manisnya. Rata rata gelak akan lawaknya.

Masa berlalu terlalu pantas. Bagaikan kereta ferrari lajunya. Hentinya juga tiada.
Kini aku masih aku. Tiada apa pun yang berubah.
Aku masih lagi seorang gadis yang menanti si tampan.
Tiada siapa yang berjaya menggegar hati ini.
Sukar untuk aku mengambil langkah untuk kehadapan.
Disebabkan dia.

No comments:

Post a Comment