Keh keh keh kekok rasanya.
Setelah lebih 10 bulan, aku tidak meng-entry sebarang post.
Harini aku melangkah kembali ke dunia blogging.
Mana tidaknya.
Disekelilingku di penuhi dengan blogger blogger hebat.
Rakan rakan ku juga semuanya kaki blogger.
Muncul rasa cemburu, rasa ingin taip berjela kembali.
Sesungguhnya setelah sekian lama mendiamkan diri,
terlalu banyak hendakku ceritakan.
Namun..........
Sesungguhnya itu semua mengambil masa yang lama.
10 bulan berlalu, dan mari aku ceritakan sedikit,
tentang segala perubahan terhadap diri ku.
Aku kini sudah berumur 17 tahun,
walaupun belum genap umurku,
namun aku bangga menggelarkan diriku,
sebagai senior di sekolah. Hahahaha
Aku juga kini sudah tidak lagi bergelar..................
MANGSA ASRAMA!
Aku sudah kembali pada tempat asalku.
Walaupun berat hati ingin meninggalkan,
segala kenangan yang telah terbina di asrama,
namun aku harus menunaikan hajat ibuku.
Badan ku juga kini bertambah sihat,
jika mahu dibandingkan dengan zaman muda,
aku sekarang lebih berisi.
Mungkin kerana masakan mama yang enak berlaka.
Rakan rakan di sekolah juga,
tidak sama seperti di asrama dahulu.
Pelbagai karenah aku temui,
pelbagai drama aku dengari.
Indah sungguh dunia ini,
banyak pahit manis,
juga dugaan yang menanti.
Mungkin cukup sampai di sini,
akan ku kerap update kalau free,
salam ramadhan xx
No comments:
Post a Comment