Akaun-rians

Assalammualaikum semua.

Sungguh ku rindukan rakan rakan 4 Melewar. Tapi, tidak mengapa. Otak gila gila di 5 Akaun juga sama sahaja. Aku sungguh berbangga walaupun banyak dugaan yang kami tempoh.

Hubungan menjadi lebih erat apabila semua yang kami lakukan, semua buat bersama. Jika seorang sedang bermuram durja, pasti saja ada yang menghiburkannya.

Kelas kami tidak lekang dari gelak tawa yang cukup gila. Walaupun sering mendapat aduan daripada guru guru, namun.......apakan daya, tiada siapa boleh menghalang.

Kerja kerja gila yang kami lakukan juga selalunya bersama. Sambutan birthday setiap warga kelas, tidak akan dilepaskan. Pasti akan terkena. Bezanya cepat ataupun lambat sahaja.

5 Akaun juga dipenuhi dengan suara suara sumbang, yang kerap menyanyikan lagu lagu hawt zaman ini. Sekiranya seorang memulakan, pasti ada yang menyambung.

Kami menerapkan moto "Akaun Bersatu" dalam setiap diri. Jika sebahagian daripada kelas tidak menyiapkan kerja, satu kelas juga tidak menghantarnya. 

Bila direnungkan, aku sungguh beruntung.

Di masa hadapan pasti ada sesuatu yang tidak di jangka, namun masih ada memori untuk kita kenangkan, masih ada memori untuk kita tangiskan. 















Tamat sudah luahan untuk malam ini. Sekian

No comments:

Post a Comment