aku berkurung sendirian.
Ketika kalian terus bergaya,
aku pula hanyut membawa diri.
Lain yang ku sangka,
lain pula yang terjadi.
Penat hati ini memendam rasa.
Daripada aku terus dilema.
Hanya satu inginku tahu.
Kenapa mesti ini yang berlaku?
Mengapa ketidakadilan ini juga?
Aku keliru.
Aku mencari punca.
Engkau bagaikan air sedang mengalir,
terlalu pantas berlalu.
Kau sekadar mempergunakan aku.
Indah sungguh dunia ini.
Fikiran semakin bercelaru.
Mahu saja carut tepat pada mukanya.
Mahu saja aku pergi jauh.
Lari daripada masalah.
Namun apakan daya.
Kerap benar dia berlegar di kotak fikiran ini.
Kini aku sedar semua ini sementara.
Senyuman yang dahulunya manis,
bertukar pahit dlm sekelip mata.
Biarlah.
Semuanya sudah pun terjadi.
Kini semua ini sekadar memori.
Terima kasih awak kerana...
menghiburkan hati ini.
No comments:
Post a Comment