Tahun 2013. Hubungan yang tidak pernah akrab menjadi rapat secara tiba tiba. Dia seorang yang berjantina sama seperti ku. Dia seorang yang mengambil aliran Akaun seperti ku. Dia juga berumur 17 sama seperti ku. Namun perbezaannya, dia seorang pakar dalam mata pelajaran. Tidak lari daripada menjadi TOP 5 kelas. Tabik hormat kepadanya.
Gelaran yang kami gunakan cukup manja. Kadang kadang geli rasanya liang liang roma. Tidak tahu bagaimana mahu mulakan cerita. Mudah di fahami, entah bagaimana gelaran 'Bie' kini kami gunakan. Aku sendiri merasa selesa dengan gelaran itu. Itu pun sesudah berbulan bulan aku berdamping dengannya menggunakan gelaran tersebut.
Ketinggiannya yang jauh berbeza dari ku membuat aku merasa sedikit canggung bersemuka dengannya. Sikapnya yang 'easy going' itu menyebabkkan kami mudah berinteraksi. Saling menyakat antara satu sama lain sudah menjadi hobi dan rutin setiap hari. Pasti ada yang menyemburui segala pergerakan kami. Pasti ada kata kata dusta daripada pihak lain.
Tidak dapat ku nafi, aku sendiri geli gelimat meng-update entry ini. Namun bagaimana lagi harus ku lakukan, ini sahaja yang dapat menjaga hatinya. Hahahahahaha maafkan aku. Sesungguhnya idea kurang bernas kali ini. Assalammualaikum
hahaha ! post untk siapa ni ?
ReplyDelete