Sincerely, JAJA
Kawad Kaki KRS
Seminggu sebelum petandingan sudah terasa debarannya, hahaha training pagi petang malam non stop ah. Sumpah penat! Kelas pun tak masuk, buku langsung tak sentuh. Hahaha relax gila pdahal dah nak exam ni. Hari bertanding - Rabu. Hari isnin cikgu mula kutip baju baju nak hantar dobi untuk iron licin licin, sbb nanti time check baju tak leh kedut. Selasa tak masuk kelas langsung sbb sebok training, malam pula akak akak senior semua check baju lengkap atau tak. Dan semua kena kiwi boot, kilatkan boot pakai minyak. Hahahaha time tu semua semangat tapi dlm hati semua berdebar. Sudah semestinya :/ Akak akak ni semua suruh aku try serious, cuba korang bayangkan time tengah check baju tu tiba tiba aku tergelak depan pegawai tu. Yelah mana tahu muka pegawai tu lawak ke, misai dia senget ke, haaaaaaaa susahnyaa. Aku ni dah la jenis yang tak reti seriouskan? Pada hari bertanding tu semua seram sejuk, bas pun senyap jerrrr. Dalam bas call mama , suruh doakan apa semua. Siap semua dlm bas :D Tengah gelak gelak Kak Zura jerit " Cepat semua buat jaja bengangg " Hahahaha memang susah ah kak. Sampai sana, ktorg merupakan sekolah pertama yg sampai. Dan platun kami mendapat turn keempat untuk masuk gelanggang :D Sebelum tu memang rasa saingan hebat ah sbb semua buat gempak juga ah not bad, tapi yg peliknya semua sekolah lain gentar gila dgn STAD. Bila dorg tanya " sekolah mana ? " dorang mcm terkejut . Lol whateverrrr *muka bangga*. Ok sudah tiba masa untuk kami membuat persembahan, hahaha taraaaaaaaaaaa. Hentakan tentera STAD menggerunkan semua sekolah lain, cehh. Sampai formasi hancus gila kak yongg T.T Habis semua tu, muka masing masing muka taik gila. Semua ingat kita takkan menang, takkan dapat nombor. Time tu langsung tak pandang sekolah lain ah, malu punya pasal. Time perbarisan penutup, semua muka serious. Farah Diyana sebelah aku tak berhenti drpd bacaan bacaan, dia kira dari tempat ke sebelas. Sijil Penyertaan - Sembilan drpd sebelas sekolah akan terima sijil ni bermakna dorg tak dapat number langsung. Punya laa kiraaaa, hanya tuhan je tahu apa ktorg rasa masa tu. Setelah diumukan kesemua kesembilan sekolah, dan STAD tidak tersenarai bermakna kami masuk TOP3 ! ! Athirah Qursyiah belakang aku dah nangis nangis sedu sedan dah, betul betul tak sangka yg ktorg dapat juga number. Atleast ada medal bawa balik STAD en? Setalah terumumnya pemenang tempat kedua, ya allah semua menangis time tu. Masing masing dah tak duduk dalam baris, semua dah berpeluk peluk. Aku ni pun tertitis juga air mata, wahhh ayat pun. Bayangkan semua nangis dan ktorg tak henti dprd bersorak (y) Time tu semua lagu keluar ah, lagu sorak. Habis perbarisan tu semuaaa, semua baling topi mcm ambil ijazah. Dari tempat kawad tu sampai bas , nyanyi lagu sekolah. Semua semangat! Tak tanggal pun baju tu walaupun tgh panas terik, sanggup semua pakai uniform sampai sekolah. Dalam bas menyanyi nyanyi, Kak Maya (ketua platun) bg ucapan sikit. Sampai sekolah , dari pagar luar nak masuk sekolah, ktorg nyanyi lagu sekolah. Semua pandang , hahaha happy sangat sangat dah time tu . Hmmmm semoga peringkat negeri ni ktorg menang lagi dan pergi peringkat kebangsaan pula, AMIN!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment